Wednesday, January 4, 2012

AkhirNya

AkhirNya.............AkhirNya............AkhirNya
Cahaya datang dan terus datang ke dalam hidupKu...Alhamdulillah syukur kepada Allah..tiada apa lagi yang lebih baik dari cahaya yang datang di dalam hidupku..


Monday, October 11, 2010

[KEPENATAN]


Memang penat bila perlu melayan karenah manusia yang pelbagai ni..nak atau tak nak, kita perlu buat supaya tak menjadi kera sumbang..hehe


Tapi ada kalanya ia seperti membebankan kerana menggangu pula perkara lain yang perlu di buat..kita hanya 24 jam dalam sehari, tido dah 8 jam..makan minum mandi semua dh mengambil masa yang agak panjang..pastu perlu melayan orang itu, orang ini, memang rasa nak lari..


Isnin hingga jumaat kerja, sabtu dan ahad kawan-kawan...rehat???

Thursday, October 7, 2010

[ Pertukaran ]

Dalam hidup ni selalu berlaku pertukaran, sama ada kita nak atau tak..


ada yg dapat terima dengan baik, ad yg tak...




Adakah pertukaran tu baik untuk kita ????

Monday, September 20, 2010

-Musim Baru-


Bermula la musim baru dalam hidup ku setelah hampir setahun menunggu..berkat doa ku, keluarga ku, orang yg tersayang dan juga kawan2 ku akhirnya dapat juga aku meneruskan musim baru dalam alam pekerjaan..


Memang besar dugaan dan cabaran yg perlu di tempuhi sebelum mengecapi keadaan sekarang ini..Alhamdulillah dan syukur kepada Tuhan yg Maha Esa kerana limpah kurnia nya kepada ku..setiap hari ku mengucapkn syukur dan syukur kerana ia salah satu perkara yg paling bermakna dalam hidup ku..


Apakah yang akan berlaku selepas ini????

Wednesday, May 19, 2010




Srenggege menangis tanpa henti...

mematikan sekalian sinar srenggege seketika..

Mengalir lesu cahaya tanpa simpati....

nyata langit karmizi yang cerah cahayanya makin di tengelami lantas tanpa belas kasian.., ianya bertukar menjadi gelap..

segelap hati dan jiwa mereka yg luka..

meniti kekalutan yg tak pernah diselenggarakan bahasanya..

membusuk terusan nanah di hati mereka yg luka..

Bianglala, jujur hadir tanpa meminta..hadirnya bakal menggembirakan sekalian hati yg terluka..

bait-bait bahasa membiaskan warna yg senantiasa indah..Rona-rona kegembiraan hadir..

Terukir sebuah senyuman..., Akhirnya, srenggege tiba kembali cahayanya untuk menceriakan keadaan yg kusam..

Natijahnya, chenta itu tak menarik kalau hati tak tertarik...

Thursday, April 22, 2010

A.L.A.S.A.N.M.U


- Setiap orang akan melalui hari-hari yang berlainan dan tak mungkin akan sama..
jadi akan terdapat lah pelbagai alasan yang akn tercipta...kadang-kadang ada yang masuk akal dan ada juga yang langsung tak boleh pakai

- Semuanya bermula dari sekolah lagi, sehingga lah di bawa ke dewasa ini..macam-macam cara ada untuk melarikan diri daripada hukuman yang sepatutnya...begitu pun ia tidak la serius seperti dewasa ini kerana ia melibatkan hati dan perasaan yang mungkin akan luka dan tak kan sembuh sampai bila-bila

- Apabila kita mula mencipta alasan, maka sampai bila-bila la alasan akan menjadi darah daging hidup kita...mungkin ada alasan yang niat nya ke arah kebaikan, tetapi kebanyakannya akan menuju ke arah niat yang kurang baik...begitu pun, tidak di nafikan bahawa yang alasan ni penting dalam hidup seharian kerana setiap dari kita akan menghadapi situasi yang berlainan...ada masa alasan juga dapat menyelamatkan seseorang...jadi guna lah ALASAN sebaiknya

Wednesday, April 21, 2010

MeLupakan Dan DiLupakan



- banyak yang kita lalui sehari demi sehari..tetapi itu yang membuatkan kita semakin pandai(sepatutnya la)..akan tetapi, masih
ada juga yang masih tidak dapat melupakan apa yang telah dilalui kerana memikirkan yang ia akan kembali..padahal masa depan lah yang perlu di risaukan kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku..

- kalau kita sedar, kita semakin melupakan sesuatu/seseorang dan kita juga dilupakan oleh sesuatu/seseorang...itu lumrah hidup sebagai manusia...ada yang dapat terima dan ada yang tidak dapat menerima dengan baik dan berlaku lah pelbagai insiden yang kurang baik..

- fikir la, fikir la dulu sebelum membuat sebarang keputusan

Menuju Cahaya